Sunday 13 March 2011

MENGHADAPI PENGIKISAN BAHASA DAN BUDAYA

SEBILANGAN besar anak zaman kini, terutama yang dilahirkan dan dibesarkan di bandar, mungkin tidak tahu lagi makna kata ‘menampi’. Kehidupan di bandar tidak mungkin menyediakan persekitaran yang mendedahkan  mereka kepada perbuatan menampi itu. Bukan sahaja kata menampi, tetapi juga kata-kata yang berkaitan dengan kegiatan penanaman padi mungkin tidak ada lagi dalam ‘kamus’ kata mereka. Mereka tidak tahu lagi makna kata ‘membajak’, ‘menenggala’, ‘menuai’, ‘mengirik’, dan ‘mengangin’. Sebaliknya, anak-anak suku kaum Dusun Begak, Dusun Bonggi, Kagayan, dan Ubian di kampung yang masih bergelimang dengan lumpur sawah mungkin masih ‘mesra’ dengan kata ‘mengettop’, ‘nap’, ‘ngaampa boas’, dan ‘buas bir’, serta dapat menggambarkan perbuatan membersihkan padi dengan menggunakan nyiru yang digerak-gerakkan turun naik itu dengan jelas. Perubahan kehidupan masyarakat menyebabkan hal-hal yang berkaitan dengan tradisi semakin ditinggalkan. Pada masa ini, sebilangan besar anggota masyarakat tidak lagi terlibat dengan kegiatan penanaman padi. Dengan perubahan demikian, kebanyakan anak suku kaum Kadazandudusun tidak lagi mengenali istilah ‘puun’ (antah), ‘tapo’ (emping), ‘raami’ (sekam), dan ‘tosung’ (lesung), apatah lagi pantang larang melakukan penuaian padi sebelum upacara ‘monginginggiit’, iaitu upacara memetik tujuh jurai padi untuk dimakan sebagai minggit dan tujuh jurai padi untuk digantung di bawah terutip sebagai persembahan kepada bambarayon. Mereka juga sudah tentu tidak lagi mengetahui pantang larang memakan hasil pertama tuaian padi tanpa lauk. Anak-anak suku kaum Bisaya juga mungkin tidak mengenali peralatan untuk menanam padi, mengangkat barang keperluan harian, membuat sagu, dan menangkap ikan, seperti ‘kalambigas’ alat yang diletak pada leher kerbau untuk menarik rumbia atau goyodan, ‘lasok’ alat untuk mengangkut repau atau barang keperluan, dan ‘salihid’ alat untuk menangkap ikan. Begitu juga anak-anak suku kaum Suluk yang membesar di rumah batu mungkin tidak lagi mengenali ‘saum’ (kolong), ‘pagsassagnatan’ (lebihan gelegar tempat menyangkut barang), dan ‘pagha-pagha’ (para-para dapur untuk mengeringkan kayu api).
          Pemodenan yang menyentuh semua aspek kehidupan itu tampaknya kian mengikis budaya masyarakat sehingga tarian ‘hip hop’ dan tarian moden yang lain lebih dikenali daripada tarian sumazau, limbai, sumayau, magunatip, adai-adai, dan daling-daling. Di negeri ini dikatakan terdapat lebih daripada 80 tarian dengan setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian tradisi. Walaupun tarian tradisi seperti brunsai, lansaran, bolak-bolak, sapu tangan, titika, mengiluk, pangalay, sumundai-mongigol , bubu, sayau bagarus, dan liliput masih dikenali, namun banyak tarian yang telah dilupai. Dalam masyarakat Begak, terdapat pelbagai jenis kesenian yang menjadi kekayaan budaya tradisi. Nyanyian ‘kigung’, ‘bandis’, dan ‘tamai’ serta tarian tradisi ‘piluk’ dan ‘gerusai’ dengan adat ‘kakap’nya merupakan sebahagian daripada kekayaan budaya tradisi masyarakat suku kaum Begak. Namun, kesenian tradisi ini semakin kehilangan penerusnya.
          Pengikisan budaya turut terlihat dari segi adat perkahwinan. Walaupun adat tina’uh, iaitu adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan masih kekal hingga kini, namun adat ‘barian sampai mati’, adat perkahwinan yang sangat unik dan dalam suku kaum Murut kini tidak lagi diamalkan. Dalam perkahwinan tradisi masyarakat suku kaum, terserlah keunikan dari segi pakaian, hiasan, adat, pantang larang, mahupun upacaranya. Upacara-upacara adat yang makin ditinggalkan secara tidak langsung mempengaruhi kekerapan penggunaan bahasa sukuan. Upacara-upacara adat sebenarnya merupakan ruang yang amat berperanan dalam menyuburkan bahasa sukuan. Meninggalkan adat tertentu bermakna lenyapnya bahasa atau kata tertentu yang berkaitan dengannya. Kata ‘matod’, ‘binungkut’, ‘monunui’, ‘libunan’,’moninjau’, dan ‘mirapou’, misalnya, akan lenyap jika upacara tertentu tidak lagi diamalkan dalam perkahwinan suku Dusun Lotud. Dalam upacara ‘matod’, pengantin lelaki diarak ke rumah perempuan dengan didahului oleh wanita yang membawa ‘binungkut’ yang merangkumi berian yang telah dibincangkan semasa hari ‘monunui’ serta beberapa helai pakaian pengantin lelaki termasuk pakaian tradisinya. Selepas makan tengahari, pengantin lelaki akan dibawa keluar dari ‘libunan’ dan duduk di tempat khas untuk acara ‘moninjau’. Setelah selesai acara ‘moninjau’, pengantin lelaki dibawa masuk semula ke ‘libunan’ untuk bermalam bersama dengan pengapitnya dan beberapa ahli keluarganya.  Pada hari berikutnya pasangan pengantin akan kembali ke rumah keluarga lelaki dengan diiringi oleh seorang wanita berumur.  Adat yang disebut sebagai 'mirapou' itu bertujuan membantu pasangan yang baharu berkahwin menyesuaikan diri dengan perubahan hidup mereka dan merapatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga masing-masing. Adat 'mirapou' diadakan selama seminggu dan hanya apabila pasangan sudah melalui adat ini selama seminggu baharulah mereka dikatakan sah sebagai suami isteri dan dibenarkan tidur bersama.
          Bahasa sukuan kini sudah jarang-jarang digunakan dalam interaksi masyarakat sehari-hari. Anak-anak suku kaum Begak, misalnya, lebih mengenal jagung, lidah, duri, tapak tangan, sayap, dan belimbing daripada dellai, dila’, duwi, palad, panid, dan begbod. Kecenderungan menggunakan bahasa asing juga menyebabkan anak muda suku kaum Murut lebih mengenali kata ‘straw’ daripada kata ‘usuk’, kata ‘sponge’ daripada kata ‘kius’, anak muda suku kaum Bajau Sama lebih mengenali kata ‘pink’ daripada kata ‘kalas’, dan anak muda suku kaum Rungus lebih mengenali kata ‘spark’ daripada kata ‘tinganak’. Begitu juga anak muda suku kaum Iranun mungkin lebih akrab dengan kata ‘flexible’ daripada kata ‘maluai’. Gaya hidup kini menyebabkan anggota masyarakat yang lebah kerap berbelanja di pasar raya daripada tamu mungkin lebih mengenali kata ‘trolley’ daripada kata ‘karitun’.
          Budaya tradisi menghadapi cabaran besar berhadapan dengan pelbagai perubahan yang sangat cepat. Dalam keadaan ini, adat istiadat, pantang larang, kesenian, dan bahasa tampaknya tidak mampu bertahan dalam menghadapi arus kemajuan dan pemodenan. Anak-anak kian terasing daripada budaya tradisi suku kaumnya, sementelah ibu bapa tidak lagi mengamalkan atau mengajarkan nilai-nilai budaya tradisi kepada anak-anak. Oleh itu, kita harus melakukan sesuatu supaya kekayaan seni dan budaya kita yang masih tinggal ini tidak turut terkubur. Bahasa dan budaya harus dijaga dan dilestarikan dengan baik sebagai suatu peninggalan yang sangat berharga. Sama ada kita dapat mempertahankan kewujudan bahasa dan budaya kita atau tidak, semuanya bergantung kepada kemahuan kita sendiri. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita harus tetap menjaga dan melestarikan bahasa dan budaya sendiri. Pelestarian bahasa dan budaya merupakan tanggungjawab kita bersama.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka [2119] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 870 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
    DAN DANA GAIB

    ReplyDelete